Pelajar farmasi KTP anjur kempen kesihatan

Taken from Sinar Harian: Pelajar farmasi KTP anjur kempen kesihatan

2272437BAYAN LEPAS - Seramai 43 pelajar Farmasi Kolej Teknologi Pulau (KTP) mengadakan kempen kesihatan umum selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat lalu.

Kempen ini melibatkan pensyarah dan pelajar bekerjasama bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri.

Kempen yang berlangsung di Queensbay Mall itu turut menampilkan pameran poster mengenai rokok, tekanan perasaan dan diabetes.

Lebih menarik, orang ramai di situ boleh mendapatkan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah secara percuma. Ketua Projek Pelajar, C Raja, 21 berkata, tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk menga- jak orang ramai agar menjaga kesihatan diri.

“Masyarakat selalunya tidak peka pemeriksaan kesihatan maka kami mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen ini di pusat membeli belah yang sering menjadi tumpuan umum pada hari cuti.

“Selain itu, kami sebagai pelajar ingin mendedahkan skop ahli farmasi sebenarnya amat meluas,” katanya.

Menurut Raja, ahli farmasi bukan hanya sekadar menjual ubat di farmasi malah boleh melakukan pelbagai tugas seperti kerja makmal malah boleh turut berkecimpung dalam apa bidang sekalipun.
Salah seorang pengunjung, Suhaimi Abdullah, 43 berkata, kempen seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang.

“Selalunya kita sibuk bekerja dan sampai tiada masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Tetapi apabila kempen seperti ini dibuat di pusat beli belah, maka ini akan memberi peluang kepada orang ramai berpeluang menjalani pemeriksaan,” katanya.

Print this article ;)

3 comments:

Anonymous said...

well done! :)

Anonymous said...

Hebat juga kita ye..Dapat masuk surat khabar. Well done to everyone!

@kelantanstreet said...

Haha...ok la gak dapat masuk paper :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
©2009 IPSA Network | Originally by TNB | Creatively and handsomely redesigned by EiNS TRiGGER | Exclusively for IPSA Network.